Teratak nenek

Salam dan Selamat sejahtera.

Blog ini dimiliki oleh seorang gadis yang berjiwa besar yang ingin dikenali sebgai Lily Nrman. Seorang yang yang aneh, ceria dan berimaginasi positif, besar, jauh dan aktif.

Beliau memilih untuk menubuhkan blognya sendiri untuk berkongsi pengalaman hidupnya, ceritera dan perspektif yang dilihatnya yang attentive. Beliau seorang yang adventurous dan menggemari subjek yang kreatif, agresif dan brilliant.

Selalunya topik yang gemar beliau tuliskan adalah mengenai…

  1. Pemasaran Dunia Digital.
  2. Pengalaman setahun jagung dalam industri pemasaran online.
  3. Penemuan terbaru mengenai teknologi terkini yang attentive.
  4. Berkongsi mengenai Web Design yang kebanyakkannya bertemakan retro. Beliau amat menggemari fesyen retro.

Sebelum ini, beliau menulis tanpa arah tujuan. Lebih kepada syok sendiri. Sekarang, beliau mahu menukar haluan penulisan mulai Februari 2013 melalui domain ini untuk memandaikan diri sendiri bersama-sama pembaca budiman semua. Jujurnya, ilmu beliau amatlah cetek sekali dek pengalaman hidup yang begitu sedikit. Tapi, beliau percaya diri bahawa pengalaman adalah guru terbaik kerana proses menjadi lebih berilmu setiap hari memang mengambil masa. Beliau ada sahaja perkara baru untuk diceritakan dalam gayanya yang tersendiri.

Beliau meminati perkara-perkara yang membina persona diri yang positif. Beliau amat percaya pada perlu hidup pada minat. Hidup dengan melakukan perkara yang kita minat akan menjadikan personaliti itu yang terbaik. Kerana minat adalah datang dari hati yang suci, yang mahu datang membantu dan memulihkan ‘kebodohan’ yang berlaku. Bodoh boleh dipulihkan seperti belakang parang, kalau diasah lagikan tajam. Minat menjadikan persona itu sabar memulihkannya, walaupun mengambil masa yang lama. Berkat minat datang dari budi yang luhur ternyata membentuk keluhuran budi yang sejati.

Beliau mengambil keputusan untuk terlibat secara part-time dalam pemasaran internet. Walaupun secara part-time, tapi hatinya besar mahu income seperti full-time. Beliau memang gemar menghabiskan masa dengan membaca blog-blog marketing. Beliau berpendapat pemasaran internet yang bermodal adalah lebih bernilai. Modal pula subjektif. Modal duit, modal ilmu. Ada duit, top up ilmu. Tiada duit, juga boleh top up ilmu. Cari ilmu melalui pembacaan yang agresif supaya tahu banyak. Aplikasikan mana yang tahu untuk top up duit. Begitulah beliau lakukan sehingga sekarang. Bermula dengan ada modal. Hanya berbekalkan pembacaan sahaja dan paling penting tidak takut untuk mencuba. Labur pada yang perkara yang tepat sahaja.

Beliau seorang animal lover. Memiliki lima ekor kucing yang sihat, bernama Notti, Chombi, Boboi, Mojo dan Bobby. Tak gemuk dan tak kurus kerana sentiasa dibiarkan bebas dan aktif bermain. Beliau adalah seorang yang bersifat empati dan sangat mengutuk perbuatan yang menganiayai kucing dan haiwan lain. Beliau berharap agar setiap manusia tidak lupa untuk menyediakan ruang kasih sayang kepada makhluk haiwan.

IMG_20121228_204809

Lain-lain :

  • Seorang yang kritikal, teliti dan sistematik
  • Peka dan sensitif.
  • Air muka nampak sombong. Rupanya, sangat gila-gila!
  • Sentiasa ada opinion tersendiri.
  • Outspoken . Frank . Spontaneous .
  • Fleksibel.
  • Berfikir banyak dan bercakap banyak.
  • Love helping people.
  • Meminati sukan tenis, catur, badminton, ping pong, video games-racing dan fps.
  • Meminati fesyen klasik retro.
  • Karakter : sangat gila-gila / sangat serius (only when it is time.)
  • Suka main dulu, baru buat kerja.

 

Feel free to share with your friends!